Sukan rc car atau kereta kawalan jauh ini semakin menular di Malaysia.Sehinggakan sukan ini juga mula menular dikalangan peminat sukan ini di Kuantan.Sukan ini dibahagi kepada beberapa jenis cara permainan,antaranya drift,drag,touring dan sebagainya.Namun kini Drift yang menjadi kegilaan pelumba profesional Jepun dan antarabangsa kini mula diadaptasi ke kereta kawalan jauh ini..Seperti drift yang asal menggunakan kereta yang diubah suai pemanduanya memerlukan skill yang cukup tinggi,begitu juga pada alat kawalan jauh ini,kawalan,teknik pemanduan hampir sama dengan memandu jentera drift yang sebenar,Kawalan throtle dan sterring yang baik mampu menbuatkan kereta kawalan jauh ini meluncur seperti jentera drift yang sebenar.Untuk seseorang itu mahir didalam aksi drift kawalan jauh ini,seseorang itu memerlukan latihan yang kerap disamping jentera kawalan jauh yang bersesuai serta modifikasi yang telah dilakukan.
Kini untuk mendapatkan jentera kawalan jauh yang susuai tidaklah sesusah dan semahal waktu dahulu.Pada masa kini terdapat pelbagai jenama ada dipasaran,dan dari kuanliti yang sederhana hingga la ke kualiti yang terbaik.Pada mereka yang berminat tetapi tidak berkemapuan boleh memiliki model-model klon dipasaran,namun kualitinya tidaklah setanding yang tulen,namun memadai untuk merasai pengalaman drift itu sendiri.
No comments:
Post a Comment